? ??????????????Low Ridin'? ????? ?? ???Rating: 4.3 (8 Ratings)??7 Grabs Today. 1703 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Weed? ????? ?? ???Rating: 4.2 (663 Ratings)??7 Grabs Today. 49502 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????P BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, June 15, 2009

Matlamat projek

Projek ini bermatlamat untuk :

  • Membantu komuniti setempat mencari jalan untuk menjana @ menambah pendapatan melalui pertanian
  • Memperkenalkan pertanian sebagai salah satu punca rezeki yang halal
  • Menggalakkan pertanian kerana ini bukan sahaja dapat menjana pendapatkan malahan juga dapat mengurangkan pemanasan global dan kesan rumah hijau
  • Meningkatkan kerjasama dan kemesraan antara sesama komuniti
  • Golongan muda dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan sekali gus mempelajari cara-cara pertanian dengan betul

Thursday, June 4, 2009

Pengenalan

Setiap orang memikirkan bahawa pertanian adalah satu pekerjaan yang remeh dan memerlukan penjagaan yang rapi. Sebenarnya tidak semua tanaman memerlukan penjagaan yang rapi, cukup sekadar membersihkan kawasan sekitar tanaman supaya tanaman mendapat keperluan asas yang cukup, membaja tepat pada masanya supaya khasiat yang terdapat didalam baja dapat membantu pertumbuhan tanaman dan juga meracun ini adalah supaya tiada tumbuhaan liar yang tumbuh di sekitar tanaman kita.

Oleh itu, dengan persetujuan penduduk di kawasan ini iaitu kawasan Changkat Tin. Kami anak-anak muda di sini sepakat untuk membantu menjayakan projek penanaman serai paha ayam seluas 3 hingga 4 ekar. Ini sekali gus menyahut seruan Yang Amat Berhormat bekas Perdana Menteri kita yang ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Dalam ucapan beliau semasa RMK-9, Beliau menyatakan bahawa pertanian adalah suatu perniagaan.

Keterangan projek

Projek penanaman serai paha ayam ini diilhamkan oleh Pertubuhan Peladang Daerah Kinta Selatan. Projek ini melibatkan komuniti di Kawasan Changkat Tin, ini kerana kawasan di sini mempunyai tanah yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman dan berpotensi untuk menjadi satu tempat pertanian yang gah di masa akan datang.

Ø Projek ini dibiayaikan sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Daerah Kinta Selatan

Ø Projek ini dianggarkan berjumlah RM15,000 untuk benih, peralatan dan sebagainya